Pengarah Pembangunan Sosial Mais Suhaimi Ismail (tengah) menyampaikan set makanan kering kepada salah seorang penerima pada 26 Jun 2021. Foto Facebook Mais
AGENSISELANGOR

Mais agih lebih RM30,000 kutipan fidyah kepada 309 penerima

SHAH ALAM, 28 JUN: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengagihkan kutipan fidyah berjumlah RM30,900 kepada 309 penerima di Petaling dan Hulu Langat.

Agensi itu berkata agihan dalam bentuk makanan kering seperti beras, minyak dan gula bernilai RM100 setiap set disalurkan kelmarin.

“Set makanan asas ini diedarkan kepada mereka yang terkesan dengan Covid-19 terutama golongan berpendapatan rendah (B40), dibuang kerja, dicutikan oleh majikan atau hilang punca pendapatan.

“Mais berterima kasih atas bayaran fidyah dilaksanakan oleh masyarakat Islam di negeri ini,” menurut kenyataan di Facebook.

Antara penerima fidyah adalah Madrasah Maahad Tahfiz Al Quran Al Ukhuwah, Sekolah Rendah Islam (SRI) Nurul Hidayah, Akademik Tahfiz Al Quran As Sakinah, Madrasah Tahfiz Darul Ma’wa, Surau An Nur Ampang dan Surau Darul Mahabbah.

Sebanyak RM2 juta diperuntuk Mais untuk membantu 20,000 keluarga yang terkesan akibat pandemik dengan menumpukan mereka dibuang kerja, dicutikan tanpa gaji dan hilang punca pendapatan.

 


Pengarang :