Petugas Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyerahkan bantuan makanan asas kepada sebuah pertubuhan bukan kerajaan untuk diagih kepada golongan susah di sekitar Shah Alam dan Klang semalam. Foto Facebook Majlis Agama Islam Selangor
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Mais salur bantuan kepada golongan susah di Shah Alam, Klang

SHAH ALAM, 30 JUN: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyalurkan bantuan bernilai RM17,400 kepada 174 keluarga terjejas Covid-19 sekitar Shah Alam dan Klang semalam.

Mais dalam kenyataan memberitahu, bantuan menerusi peruntukan fidyah itu berupa makanan asas termasuk beras, tepung, minyak dan gula.

“Seramai 129 keluarga di Shah Alam menerima bantuan berkenaan manakala 45 penerima sekitar Klang.

“Rata-rata yang mendapat bantuan adalah golongan berpendapatan rendah (B40), peniaga, penjaja dan golongan yang hilang pekerjaan akibat penularan Covid-19,” maklum Mais.

Agihan berkenaan dijalankan bersama Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS) selain pihak masjid, surau Sekolah Agama Fardu Ain, Sekolah Rendah Agama Integrasi, maahad tahfid serta pertubuhan bukan kerajaan Islam.


Pengarang :