Pembantu Jualan Puteri Rahayu Samadris mengantung kod QR MySejahtera di hadapan gerainya di Pasar Malam Jalan Tuanku Abdul Rahman ketika tinjauan sempena cuti Hari Pekerja pada 1 Mei 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Majikan perlu tanggung kompaun jika langgar SOP PKP

SHAH ALAM, 7 JUN: Tindakan kompaun akan dikenakan ke atas majikan atau syarikat yang memaksa pekerja bertugas melebihi masa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata denda itu tidak melibatkan pekerja berikutan mereka terpaksa akur kepada arahan majikan.

“Begitu juga kepada mana-mana syarikat yang masih menetapkan pekerjanya bertugas di tempat kerja atau datang ke pejabat biarpun ada arahan untuk melaksanakannya di rumah, maka kompaun kepada majikan juga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata tindakan tegas bagi memastikan semua pihak mematuhi arahan serta tatacara operasi piawai (SOP) PKP 3.0.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata sebanyak 41 kompaun dikeluarkan ke atas premis perniagaan yang gagal mematuhi SOP sejak 1 Jun.


Pengarang :