Petugas kesihatan memberi suntikan vaksin Covid-19 AstraZeneca di Kuala Lumpur pada 5 Mei 2021. Foto REUTERS
AGENDANASIONAL

Malaysia mampu hasil vaksin Covid-19 jika kewangan mantap

SHAH ALAM, 9 JUN: Malaysia berupaya menghasilkan vaksin Covid-19 sendiri seandainya mempunyai kemajuan teknologi dan kewangan yang mantap.

EXCO kesihatan awam berkata kebanyakan universiti di negara ini memiliki kepakaran dan kemudahan bagi pembuatan bahan tersebut namun ia harus berbaloi sehingga dapat menembusi pasaran negara luar.

“Penghasilan vaksin ini belanjanya bukan sedikit malah boleh menelan sehingga jutaan ringgit. Kita boleh buat kajian untuk tujuan ini tetapi perlu ada modal.

“Perlu ada orang melabur, siapa sanggup berbuat begitu jika setakat jual vaksin di negara kita? Sebaliknya perlu cari pasaran yang lebih meluas hingga ke luar,” kata Dr Siti Mariah Mahmud.

Beliau berkata demikian menerusi ‘Forum Covid-19: Vaksin Mana Yang Terbaik’ menerusi siaran secara langsung menerusi Facebook malam tadi.

Program turut menampilkan Pengarah Pasukan Petugas Operasi Selangor (STFO) Prof Madya Dr Mohammad Farhan Rusli dan Ahli Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) Dato’ Dr Khalid Ibrahim.


Pengarang :