Dato’ Seri Amirudin Shari bercakap pada sidang media khas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Selangor di kediaman rasminya di Shah Alam pada 5 Mei 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB bentang pakej bantuan untuk rakyat esok

SHAH ALAM, 8 JUN: Dato’ Menteri Besar akan membentang Pakej Kita Selangor 2.0 bagi membantu penduduk yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) esok.

Dato’ Seri Amirudin Shari dijadual membuat pengumuman yang bakal menyediakan pelbagai inisiatif bagi membantu segenap golongan pada jam 2 petang.

“Insya-Allah esok saya bakal membentang Pakej Kita Selangor 2.0 buat rakyat negeri Selangor. Bertema ‘Bersama Menuju Kejayaan’ saksikan secara langsung di laman Facebook & Twitter saya bermula jam 2 petang,” katanya.

Siaran langsung pembentangan itu juga boleh ditonton melalui Facebook Media Selangor atau layari YouTube carian SelangorTV.

Pengumuman sedemikian bukan kali pertama sebaliknya beberapa pakej bantuan untuk rakyat telah pun diperkenal sejak wabak Covid-19 melanda negara awal tahun lalu

Pada Mac tahun lepas, ketika PKP 1.0 dikuat kuasa, Kerajaan Selangor mengumumkan pakej rangsangan ekonomi Selangor Prihatin bernilai RM127.78 juta.

Kerajaan Negeri sekali lagi mengumumkan pakej fasa kedua pada 1 April tahun sama bernilai RM272 juta untuk menangani dampak wabak.

Pelan pemulihan ekonomi negeri sebanyak RM55.8 bilion nilai ekonomi dibentang pada 13 Julai diikuti Pakej Kita Selangor berjumlah 73.8 juta pada 20 Januari pada tahun ini.

Poster dari Facebook Amirudin Shari

Pengarang :