Pemain Harimau Malaya Mohd Faiz Nasir (tengah) meraikan jaringannya ketika menentang pasukan Timor- Leste pada Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 7 Jun 2019. Foto BERNAMA
AGENDA

MB: Menang atau kalah, beri sokongan luar biasa kepada pasukan bola sepak

SHAH ALAM, 3 JUN: Peminat harus memberikan sokongan luar biasa bagi melihat bola sepak Malaysia bergerak ke depan, bukan hanya melontarkan kemarahan, kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Dato’ Menteri Besar berkata sokongan padu harus ditunjukkan sama ada pasukan negara tewas atau menang dan memberikan pandangan bernas bagi memperbaiki keadaan.

“Beri pandangan jernih bukan lontarkan kemarahan semata-mata, apa yang penting kita beri sokongan luar biasa ketika menang dan kalah.

“Dahulu bila kalah kritikan hanya didengar di kedai kopi tetapi sekarang di media sosial sahaja satu dunia boleh tahu, kalau hendak bola kita maju kena sokong secara menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu pada sesi sembang santai yang disiarkan secara langsung di Instagram penyampai saluran Astro Arena Hafizal Ahmad malam tadi.

Amirudin yang juga pengurus ketika Selangor menjuarai Piala Malaysia kali ke-33 pada 2015, berkata bola sepak bukan hanya sukan semata-mata tetapi alat menyatukan rakyat tanpa mengira ideologi.

“Saya beberapa kali hadir ke perlawanan bola sepak yang turut dihadiri pemimpin dari pihak lain (berbeza ideologi),” katanya.

 


Pengarang :