Anggota polis dan penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memeriksaan dua individu berjoging di taman awam pada 6 Jun 2021. Foto Twtter MBSA
AGENSISELANGOR

MBSA kompaun sembilan individu berjoging di taman awam

SHAH ALAM, 6 JUN: Sembilan individu dikenakan kompaun oMajlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) atas kesalahan melanggar tatacara operasi piawai (SOP) berikutan mereka berjoging di taman awam pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata lima kompaun dibuat di Taman Tasik Seksyen 7 manakala empat lagi di Taman Seksyen 14 di sini.

“Masyarakat umum terutama di Shah Alam adalah dimaklumkan aktiviti joging secara individu hanya dibenarkan di taman kejiranan yang mana 10 kilometer (km) radius dari alamat rumah masing masing.

“Tindakan merentasi had tersebut bagi tujuan itu adalah tidak dibenarkan sama sekali di bawah SOP MKN (Majlis Keselamatan Negara) bagi tempoh 1 hingga 14 Jun,” katanya menerusi kenyataan.

Tindakan itu dibuat mengikut Seksyen 109 Akta Kerajaan Tempatan 1976 atas kesalahan beriadah di kawasan awam dalam tempoh PKP menyeluruh.

Pemantauan dijalankan bersama antara polis dan penguat kuasa MBSA antara jam 7.30 hingga 10 pagi.

 


Pengarang :