PUTRAJAYA, 11 Mac — Menteri Kanan-Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin mengadakan pertemuan dengan pegawai-pegawai tertinggi kementerian pada hari pertama beliau memulakan tugas di Kementerian Pendidikan hari ini. –fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA
AGENDANASIONAL

Menteri: Keputusan SPM 2020 terbaik dalam tempoh lima tahun

SHAH ALAM, 10 JUN: Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu mencatat Gred Purata Nasional (GPN) sebanyak 4.80 mata, terbaik dalam tempoh lima tahun sejak 2016.

Menteri Kanan (Pendidikan) Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata pada SPM 2019 GPN direkodkan adalah 4.86 mata manakala 4.89 (2018), 4.90 (2017) dan 5.05 (2016).

Selain itu, katanya jurang pencapaian calon SPM di bandar dan luar bandar juga mengecil 0.38 peratus berbanding 0.44 peratus pada tahun sebelumnya.

“Calon layak memperoleh sijil SPM 2020 juga meningkat kepada 88.68 peratus berbanding 86.72 peratus pada tahun 2019,” katanya pada sidang media secara maya hari ini.

Mohd Radzi berkata keputusan boleh dimuat turun bermula jam 10 pagi ini melalui pautan myresult1.moe.gov.my atau myresult2.moe.gov.my manakala slip keputusan penuh hanya boleh dimuat turun mulai 14 Jun di laman web myresult3.moe.gov.my.

“Bagi mereka yang tidak mempunyai akses internet, pihak sekolah akan menghubungi mereka untuk membincangkan kaedah pengedaran sesuai,” katanya.

Seramai 401,105 calon menduduki peperiksaan SPM 2020 di 3,310 pusat peperiksaan seluruh negara bermula 22 Februari hingga 25 Mac lalu.


Pengarang :