Penduduk sekitar USJ 4/5 Subang Jaya sedang mendapatkan bekalan air bersih bagi kegunaan harian berikutan gangguan bekalan air selepas Sungai Semenyih mengalami pencemaran ketika tinjauan fotoBernama hari ini. Pencemaran itu menyebabkan sebanyak 274 kawasan terjejas membabitkan 309,605 akaun pengguna di empat wilayah iaitu Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang serta mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran operasi di dua Loji Rawatan Air (LRA) dihentikan akibat insiden tersebut. –fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA
AGENDANASIONAL

Paip pecah: Gangguan bekalan air di 13 kawasan di KL

KUALA LUMPUR, 9 JUN: Sebanyak 13 kawasan di sekitar Kuala Lumpur akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan paip pecah di Jalan Kuari, di sini hari ini.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd Elina Baseri menerusi kenyataan hari ini memaklumkan bekalan air ditutup pada 4 petang tadi bagi pembaikan paip itu yang dijangka siap 4 pagi esok.

Elina berkata kawasan yang terjejas adalah Kampung Cheras Baru, Pandan Mewah, Taman Muda, Taman Bukit Permai, Taman Bukit Pandan, Taman Mawar, Taman Seraya, Taman Mega, Taman Bukit Teratai, Taman Melur, Taman Saga, Taman Putra dan Taman Mestika.

“Bekalan air akan mula disalurkan semula setelah kerja-kerja pembaikan siap sepenuhnya. Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

“Air Selangor sedang menggerakkan lori-lori tangki ke kawasan terjejas. Para pengguna diharap dapat mematuhi penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka semasa mengambil bekalan air daripada lori-lori tangki itu,” katanya.

Menurutnya, pengguna boleh merujuk semua saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, laman sesawang Air Selangor di http://www.airselangor.com, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

-BERNAMA


Pengarang :