Wakil rakyat Sentosa Dr Gunarajah R George (dua, kanan) memberi cenderamata kepada salah seorang murid yang mengikuti program Sinar Ilmu Harapan Sentosa di Pusat Khidmat DUN Sentosa, Klang pada 18 April 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

PdPR: Kelas bimbingan percuma DUN Sentosa diteruskan secara dalam talian

SHAH ALAM, 24 JUN: Program Sinar Ilmu Harapan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa diteruskan secara dalam talian sepanjang pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Wakil rakyatnya berkata ia selepas mengambil kira kesukaran murid untuk belajar memandangkan sekolah masih belum dibuka.

“Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dan sekolah belum dibuka, kelas akan dilanjutkan sebulan lebih lagi menerusi dalam talian.

“Sambutan menggalakkan, ada yang minta kelas ini diteruskan dan tambah murid walaupun sekolah dibuka, kita akan kaji,” kata Dr G Gunarajah kepada SelangorKini hari ini.

Pada 18 April lalu, DUN Sentosa mengambil inisiatif menganjurkan kelas percuma selama tiga bulan bagi membantu murid yang menghadapi masalah dalam pembelajaran.

Sehingga kini seramai 20 murid yang terpilih dalam lingkungan usia antara sembilan sehingga 13 tahun terlibat dengan keutamaan memastikan sekurang-kurangnya mereka dapat mengenali 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.


Pengarang :