Anggota bomba giat menjalankan operasi pemadaman menggunakan sumber air dari jentera di longgokan sisa tayar sebuah gudang yang terbakar di Kawasan Perusahaan Segenting, Pulau Carey, Banting pada 29 Jun 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Pemadaman lokasi sisa tayar kitar semula terbakar dijangka selesai esok

KUALA LANGAT, 29 JUN: Operasi pemadaman kebakaran kawasan menempatkan sisa tayar kitar semula di atas jeti persendirian di Jalan Bandar Lama, Telok Panglima Garang di sini dijangka tamat esok.

Penolong pengarah operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata setakat ini pihaknya menggunakan kaedah menggali dan menyiram kawasan terbakar di timbunan sisa setinggi 12 meter.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor

“Setakat ini kebakaran masih terkawal dan disyaki berpunca disebabkan terdapat bahan mudah terbakar selain faktor cuaca panas.

“Siasatan hanya dijalankan apabila operasi pemadaman selesai di kawasan terbakar seluas 0.37 hektar itu,” kata Hafisham Mohd Noor ketika ditemui hari ini.

Menurut beliau seramai 38 anggota dan pegawai melibatkan enam balai bomba ditugaskan dalam operasi pemadaman berkenaan.

Katanya, balai terlibat ialah Telok Panglima Garang, KLIA, Shah Alam, Puchong, Serdang, Kota Anggerik dan Sungai Pinang.


Pengarang :