AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Pertandingan video pendek Mais tawar hadiah RM1,050

SHAH ALAM, 9 JUN: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menganjurkan pertandingan penghasilan video pendek berkisarkan lima perkhidmatan disediakan yang menawarkan hadiah keseluruhan RM1,050.

Bahagian komunikasi korporatnya berkata lima perkhidmatan itu adalah:

1. Perkhidmatan harta baitulmal
2. Sewaan hartanah Mais
3. Bantuan guaman syarie
4. Pendaftaran mualaf dan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK)
5. Pemulihan al-Riqab

Bahagian itu turut menjelaskan pertandingan itu terbuka kepada individu beragama Islam dan durasi rakaman video tidak lebih tiga minit.

Katanya, peserta boleh mengisi borang penyertaan di laman sesawang, www.mais.gov.my dan muat naik video di Facebook dan Instagram dengan keterangan #pertandinganvideomais.

“Hantar borang lengkap beserta pautan muat naik video dan salinan video melalui e-mel, [email protected]. Tarikh tutup penyertaan ialah 21 Jun,” katanya menerusi Facebook.

Pemenang pertama akan memenangi wang tunai RM400, kedua (RM350) dan ketiga (RM300) selain sijil.

Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi Muhammad Syafiq di talian 013 362 0108, Shahrul Effendy (018 374 1677) dan Bahagian Komunikasi Korporat Mais (016 201 3572).


Pengarang :