Chin Ong (tengah) dan Cheremi (kiri) menyampaikan barangan keperluan asas kepada pesakit kronik di Taman Selayang Jaya, Batu Caves, Gombak semalam. Gambar Facebook MPS
PBTSELANGOR

Pesakit kronik antara 100 penerima bantuan asas di Batu Caves

SHAH ALAM, 17 JUN: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menyerahkan bantuan kepada 100 keluarga di empat perumahan di Batu Caves, semalam.

Sumbangan disampaikan membabitkan Flat Taman Bidara, Taman Selayang Jaya, Selayang Utama dan Taman Seri Melati.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata sumbangan disampaikan Ahli Majlis Zon 12, U Chin Ong dan Pemangku Yang Dipertua MPS, Ir Cheremi Tarman.

Menurutnya, seorang pesakit kronik di Taman Selayang Jaya, Batu Caves antara penerima sumbangan.

“Penyerahan sumbangan berupa barangan keperluan asas ini adalah inisiatif Ahli Majlis Zon 12 sendiri bagi meringankan beban masyarakat terkesan terutama ketika pandemik Covid-19,” katanya di Facebook hari ini.


Pengarang :