Petugas Kesihatan Selcare melakukan ujian calitan kepada peserta Saringan Komuniti Covid-19 secara percuma di Dewan Komuniti MBPJ, Kampung Lindungan, Petaling Jaya pada 19 Jun 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Petaling catat 571 kes baharu Covid-19, tertinggi di Selangor

SHAH ALAM, 20 JUN: Petaling menyumbang jangkitan baharu Covid-19 tertinggi hari ini apabila merekodkan 571 kes, kata Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

Berdasarkan statistik dikongsikan di Facebook, jangkitan di daerah itu dikesan di mukim Petaling iaitu 199 kes, Damansara (191), Sungai Buloh (126) dan Bukit Raja (55).

Diikuti Hulu Langat dengan 346 kes masing-masing melibatkan Kajang (97), Ampang (92), Cheras (73), Semenyih (46), Hulu Langat (26) dan Beranang (12).

Agensi berkata Klang merekodkan 307 jangkitan dengan mukim Klang (187) dan Kapar (120) manakala 152 kes dikesan di Gombak meliputi Batu (73), Setapak (36), Rawang (20), Kuang (13) dan Hulu Kelang (10).

Menurutnya, Kuala Langat mencatatkan 123 kes dengan tertinggi di Tanjong 12 (59) diikuti Telok Panglima Garang (46), Bandar (sembilan), Jugra (empat), Morib (tiga) dan Kelanang (dua).

Sementara itu, empat daerah melaporkan jumlah jangkitan kurang daripada 100 iaitu Sepang (94), Kuala Selangor (49), Hulu Selangor (24) dan Sabak Bernam (dua).

Hari ini Selangor merekodkan 1,680 kes termasuk empat jangkitan import selain enam membabitkan tahanan.


Pengarang :