Mohd Hidayat menyampaikan pek makanan kepada kakitangan Pusat Kesihatan Daerah Klang hari ini / Gambar ihsan Mais
AGENSISELANGOR

Petugas pusat vaksin, pusat kesihatan daerah terima pek makanan

SHAH ALAM, 16 JUN: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyalurkan sumbangan makanan kepada petugas barisan hadapan di pusat pemberian vaksin dan pejabat kesihatan daerah.

Agensi berkenaan berkata bantuan disalurkan mulai hari ini membabitkan penerima di PKD Petaling, Klang dan Pelabuhan Klang serta PPV Dewan Sukan Pandamaran dengan kerjasama Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (Teras).

Sumbangan disampaikan Ketua Zon Daerah Klang dan Kuala Langat, Mohd Hidayat Mohd Suhaimi. Turut hadir, Pengurus Sektor Latihan Asnaf Teras, Muhammad Sayifullah Masiron.

“Masing-masing menerima 100 pek makanan terdiri roti dan air mineral.

“Mais sentiasa komited dengan kebajikan ummah terutama barisan hadapan dalam memutuskan rantaian Covid-19,” katanya di Facebook hari ini.

 


Pengarang :