Hee Loy Sian ketika di temubual SelangorKini selepas Majlis Perasmian Kemudahan Lampu Solar Di Kampung Orang Asli Negeri Selangor di Dewan Orang Ramai Kampung Orang Asli Jambu, Dengkil pada 27 Ogos 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOPILIHAN MINGGUANSELANGOR

Program Bakul Makanan, pastikan tiada golongan tercicir

SHAH ALAM, 28 JUN: Wakil rakyat di Selangor diminta memastikan bantuan berjumlah RM50,000 menerusi Program Bakul Makanan disalurkan kepada semua golongan terkesan termasuk Orang Asli.

EXCO Hal Ehwal Orang Asli, Hee Loy Sian berkata Ahli Dewan Negeri (ADN) dan ahli parlimen jangan hanya menumpukan golongan berpendapatan rendah (B40) sehingga mengabaikan kelompok masyarakat lain.

“Wakil rakyat mempunyai senarai tok batin dan penduduk Orang Asli di kawasan masing-masing yang perlu diberikan bantuan.

“Mereka perlu memastikan Orang Asli tidak dikecualikan dan menerima manfaat daripada peruntukan tambahan yang diberikan Kerajaan Negeri,” katanya kepada SelangorKini.

Pada 9 Jun,  Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan setiap DUN kerajaan dan pembangkang menerima bantuan tambahan RM50,000 menerusi Program Bakul Makanan di bawah Pakej Kita Selangor 2.0.

Turut menerima peruntukan tambahan dalam menjaga kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat ahli parlimen Pakatan Harapan berjumlah RM30,000.

Pakej Kita Selangor 2.0 bernilai RM551.56 juta meliputi tiga strategi dan 25 program bakal memanfaatkan sekurang-kurangnya 1.6 juta rakyat.


Pengarang :