Petugas kesihatan menyediakan dos vaksin Covid-19 di Pusat Perubatan Sunway, Subang Jaya pada 12 Mac 2021. Foto REUTERS
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Program vaksin Selangor, Klinik Selcare suntik 600 individu sehari

SHAH ALAM, 28 JUN: Seramai 600 individu dijangka menerima suntikan vaksin sehari di 15 Klinik Selcare yang terlibat Program Vaksinasi Covid-19 Selangor (SCVP), kata pengurus kliniknya.

Mohd Noor Md Nasir berkata setiap klinik menerima 40 individu yang dibahagikan mengikut janji temu untuk mengelak kesesakan selaras tatacara operasi piawai (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Keadaan klinik tidak begitu besar, jadi kita perlu mengehadkan jumlah penerima vaksin. Selain itu seramai 65 kakitangan terlibat menjayakan SCVP, ” katanya kepada SelangorKini.

Klinik Selcare yang dijadikan PPV adalah di Shah Alam, Puchong, Skypark Subang, USJ Sentral, Desa Mentari, Sentosa dan Putrajaya.

Manakala klinik di Kuala Lumpur terletak di Menara Worldwide, Menara UBN, Menara Hap Seng 2, Bangunan Rohas Perkasa, Menara Olympia, Queens Avenue Cheras, KLO Station (Stesen Keretapi Lama) dan Sri Rampai.

Orang ramai boleh mendapatkan alamat penuh klinik menerusi https://selcareclinic.com/

SCVP yang bermula semalam dilaksanakan secara besar-besarkan sebagai sokongan kepada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Pada 9 Jun, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika mengumumkan peruntukan berjumlah RM200 juta untuk menjayakan inisiatif berkenaan di bawah Pakej Kita Selangor 2.0.


Pengarang :