Ir Izham Hashim (kanan) menyerahkan tablet kepada salah seorang murid sekolah rendah pada 17 Jun 2021. Foto Facebook Ir Izham
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Ratusan pelajar susah di Pandan Indah dapat tablet untuk PdPR

SHAH ALAM, 19 JUN: Sebanyak 480 peranti mudah alih disumbangkan kepada pelajar kurang berkemampuan sekitar Pandan Indah bagi memudahkan pembelajaran secara maya.

Ahli Dewan Negerinya berkata agihan meliputi 300 unit tablet dan 180 komputer riba kepada pelajar sekolah rendah, menengah serta institusi pengajian tinggi.

“Saya memastikan tablet dan komputer riba jenis Chromebook yang diserahkan menepati piawaian serta berkualiti tinggi supaya anak-anak ini dapat mengikuti sesi pembelajaran dengan baik.

“Mereka adalah aset masa depan yang akan mewarisi negara dan seharusnya mendapat sumber pendidikan sempurna tanpa mengira perbezaan agama serta bangsa,” kata Ir Izham Hashim ketika dihubungi.

Kelmarin, sebanyak 25 unit alat peranti itu diserahkan kepada pelajar terpilih di kawasan terbabit dalam sumbangan fasa keempat.

Ketika ini, pelajar masih mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) susulan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 dan penularan kes Covid-19 pada tahap membimbangkan.


Pengarang :