Petugas Kesihatan Selcare melakukan ujian calitan kepada peserta Saringan Komuniti Covid-19 di Dewan Orang Ramai Serin, Cyberjaya pada 2 Jun 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Rebat pengangkutan suntik vaksin, galak rakyat laku saringan

SHAH ALAM, 9 JUN: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan mengumumkan Strategi Kawalan Kesihatan Mengekang Penularan Covid-19 di bawah Pakej Bantuan Kita Selangor 2.0 berjumlah RM551.56 juta.

Inisiatif itu merangkumi usaha mengesan ‘pembawa senyap’ wabak dalam komuniti, menggalakkan rakyat melakukan saringan serta mengekang perebakan di sektor industri.

Strategi itu merangkumi :

1. Melaksanakan Program Saringan Percuma Covid-19 fasa ketiga yang menyasarkan 100,000 individu dengan implikasi kewangan berjumlah RM10.7 juta

2 Bantuan bakul makanan dan kit penilaian kesihatan di rumah untuk mereka dikesan positif melalui ujian saringan anjuran Kerajaan Negeri dengan implikasi kewangan berjumlah RM1.25 juta

3. Rebat pengangkutan RM20 kepada kepada orang ramai yang menggunakan perkhidmatan e-panggilan Grab untuk ke pusat suntikan vaksin yang memberi manfaat kepada 50,000 individu dengan implikasi kewangan berjumlah RM1 juta.

4. Penubuhan jawatankuasa khas untuk memastikan pematuhan kawalan kesihatan di kilang dan industri serta program vaksin untuk sektor ekonomi utama dengan impliaksi kewangan berjumlah RM500,000.

Pada Mac tahun lepas, Kerajaan Selangor mengumumkan pakej rangsangan ekonomi Selangor Prihatin bernilai RM127.78 juta diikuti fasa kedua pada 1 April bernilai RM272 juta.

Pelan pemulihan ekonomi negeri sebanyak RM55.8 bilion nilai ekonomi dibentang pada 13 Julai diikuti Pakej Kita Selangor berjumlah 73.8 juta pada 20 Januari pada tahun ini.


Pengarang :