Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) dibawa ke setiap ruang Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam pada 25 Mei 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Rebat pengangkutan vaksin, bekalan diagih akhir Jun

SHAH ALAM, 9 JUN: Kerajaan Negeri menawarkan rebat RM20 kepada pengguna perkhidmatan e-panggilan Grab untuk ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bermula 1 Julai.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata inisiatif melibatkan peruntukan sejumlah RM1 juta bakal memberi manfaat kepada hampir 50,000 individu di Selangor.

“Langkah ini sebagai pemudah cara serta menggalakkan rakyat terutama warga emas mendapat suntikan vaksin Covid-19.

“Selain itu Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) akan membantu mereka yang menetap jauh dari PPV serta tiada capaian pengangkutan awam atau e-panggilan,” katanya  membentangkan Pakej Kita Selangor 2.0 hari ini.

Beliau mengumumkan Pakej Bantuan Kita Selangor 2.0 bernilai RM551.56 juta bagi membantu rakyat terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pelan bertemakan ‘Bersama-sama Menuju Kejayaan’ meliputi tiga strategi dan 25 program memanfaatkan sekurang-kurangnya 1.6 juta rakyat termasuk golongan berpendapatan rendah (B40), pelajar, usahawan kecil, petani serta penggiat pelancongan.

Tambah Amirudin, Program Suntikan Vaksin Covid-19 Selangor untuk mempercepat imuniti kelompok rakyat bermula akhir Jun.

“Kerajaan Negeri memuktamadkan perbincangan dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) untuk membekalkan vaksin secara berfasa.

“Fokus penerima vaksin dalam kalangan warga emas, pekerja industri serta kilang. Kita juga mengusahakan perolehan vaksin sebagai persediaan melindungi generasi muda yang bakal berumur 18 tahun tetapi
belum menerima vaksin,” katanya.


Pengarang :