Petugas Kesihatan Selcare melakukan ujian calitan kepada peserta Saringan Komuniti Covid-19 secara bersasar di Dewan Cempaka, Saujana Impian, Kajang pada 8 Mei 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Saringan Covid-19 secara percuma di DUN Kajang esok

SHAH ALAM, 25 JUN: Penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang digalak hadir menjalani saringan Covid-19 secara percuma esok.

Saringan komuniti fasa tiga anjuran Kerajaan Selangor itu diadakan di Dewan Seri Cempaka bermula jam 9 pagi hingga 6 petang.

Orang ramai boleh membuat pendaftaran di aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah).

Saringan menggunakan kit ujian pantas antigen (RTK-Ag) membolehkan pengesanan jangkitan dalam tempoh kurang 30 minit.

Kerajaan Selangor memperuntuk RM10.7 juta untuk menjayakan program berkenaan dengan tumpuan di kawasan jangkitan tinggi selain sektor industri dan perkilangan.

Program sama turut diadakan di DUN Seri Setia, Taman Medan, Gombak Setia, Sungai Tua dan Taman Templer. Manakala, Hulu Kelang dan Bukit Antarabangsa pada Ahad.

 


Pengarang :