Ujian Saringan Covid-19 percuma di Dewan Orang Ramai Serin, Cyberjaya pada 2 Jun 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Saringan Komuniti di DUN Bukit Melawati, Ijok hari ini

SHAH ALAM, 6 JUN: Saringan Komuniti secara percuma anjuran Kerajaan Selangor diteruskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok dan Bukit Melawati hari ini.

Program berlangsung serentak di Dewan MDKS Bandar Baru Kuala Selangor, Kuala Selangor dan Dewan Bukit Badong, Ijok bermula 9 pagi hingga 4 petang.

Pendaftaran boleh dibuat melalui tiga kaedah iaitu aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah), pautan http://screening.selangkah.my atau terus mendaftar di lokasi.

Pendaftaran suntikan vaksin Covid-19 turut ditawarkan dalam program itu.

Sejak 8 Mei hingga 10 Jun, Kerajaan Negeri menjalankan program pengawasan Covid-19 secara aktif melalui saringan percuma di seluruh 56 DUN.

Program bawah Fasa Mitigasi Wabak Pandemik Covid-19 memanfaatkan rakyat yang berisiko, pernah menjadi kontak rapat, bergejala dan bimbang status kesihatan diri selesai dijalankan di 46 DUN sehingga hari ini.

Kerajaan Negeri menyasarkan 100,000 individu disaring sehingga 10 Jun ini. Setakat Jumaat, seramai 89,716 peserta menjalani ujian calitan dengan 3,203 disyaki positif.

 


Pengarang :