Orang ramai menerima suntikan dos pertama vaksin AstraZeneca di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam pada 25 Mei 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAPENDAPATRENCANA

Selamat dan berkesan, vaksin cegah penyakit bawa maut

SHAH ALAM, 3 JUN: Mengikut jangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pandemik Covid-19 tidak berakhir sehingga sekurang-kurangnya 70 peratus individu diberi vaksin.

Justeru, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) giat mengajak penduduk negara ini mengambil suntikan dos itu menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Sebanyak tiga jenis vaksin digunakan di Malaysia setakat ini iaitu Pfizer-BioNTech, Sinovac dan AstraZeneca.

Cara vaksin berfungsi

  • Disuntik ke tubuh manusia
  • Hasilnya, sistem imuniti hasilkan antibodi yang spesifik terhadap virus Covid-19
  • Meningkatkan tahap imuniti tanpa menyebabkan jangkitan penyakit
  • Sistem antibodi bertindak ke atas Covid-19 jika seseorang terdedah kepada virus

Kelebihan vaksin

Cegah penyakit bawa maut
Tanpa vaksin, kanak-kanak tidak dilindungi daripada demam campak, difteria (jangkitan akut yang menjejaskan sistem pernafasan) dan pertusis (batuk kokol) yang boleh meragut nyawa

Selamat dan berkesan
Semua vaksin dikaji dengan teliti sebelum didaftar dan digunakan. Kesan sampingan sentiasa dipantau

Selamat dari jangkitan semula jadi
Memberi tindak balas imun yang sama seperti jangkitan semula jadi tetapi vaksin mengurangkan risiko jangkitan itu

Campuran beberapa vaksin selamat dan berkesan
Menerima beberapa vaksin dalam masa sama tidak memberi kesan negatif pada sistem imun. Kita terima lebih antigen harian berbanding suntikan vaksin

Jika henti imunisasi, penyakit pasti kembali
Walaupun dengan tahap kebersihan tinggi, difteria, pertusis dan polio akan kembali menjadi penyakit biasa

Lima kaedah daftar suntikan

        • Laman sesawang www.vaksincovid.gov.my
        • Aplikasi MySejahtera
        • Talian hotline 1-800-888-828
        • Klinik dan hospital awam atau swasta
        • Pendaftaran bersemuka (Dibuka untuk golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas dan secara sukarela)

Pengarang :