BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Selangor lulus RM1.035 juta basmi serangga perosak padi

SHAH ALAM, 1 JUN: Selangor meluluskan dana berjumlah RM1.035 juta untuk membasmi serangga perosak padi yang menyerang lebih 6,632 hektar sawah di Sabak Bernam.

EXCO pertanian berkata peruntukan itu akan digunakan segera untuk semburan racun yang disyor pakar kawalan penyakit ulat pengorek batang dan ulat gulung daun.

“Bancian Unit Biosekuriti jabatan itu mendapati kawasan sawah di Panchang Bedena seluas 3,415 hektar rosak melebihi 50 peratus.

“Sawah di Bagan Terap/Sungai Panjang seluas 3,217 hektar turut mengalami tahap kerosakan sama akibat serangan dua penyakit tersebut,” kata Ir Izham Hashim dalam kenyataan di Facebook.

Beliau menjelaskan kawalan penyakit berkenaan perlu dipercepat bagi mengelak pengurangan hasil padi antara 70 hingga 80 peratus.


Pengarang :