Dato’ Seri Amirudin Shari (kiri) bercakap kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Bertindak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan peringkat negeri di Bangunan Annex Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 15 Jun 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Selangor tumpu vaksin pekerja industri, kawal rebakan Covid-19

SHAH ALAM, 15 JUN: Kerajaan Selangor akan menumpukan pemberian vaksin kepada pekerja industri bagi mengelakkan sektor ekonomi itu tumbang.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sektor itu perlu dipertahan berikutan ia penyumbang utama kepada Selangor.

“Industri yang tumbang ini bukan sahaja kepada majikan tetapi juga kepada pekerja yang kemungkinan hilang pekerjaan…dan kita akan menambah usaha yang dilakukan MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri) untuk menvaksin pekerja di Selangor,” katanya hari ini.

Beliau ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Bertindak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan peringkat negeri bersama Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin di Bangunan Annex di sini.

Sementara itu, Amirudin percaya Program Vaksinasi Selangor dapat membantu meringankan tugas ditanggung kerajaan persekutuan bagi menangani perebakan Covid-19.

“Pada waktu ini beberapa negeri lain seperti Johor dan Pulau Pinang serta Negeri Sembilan agak konsisten peningkatan kes di kawasan perkilangan.

“Jadi, saya rasa ada justifikasi yang kuat untuk kita menambah kelompok yang perlu diberi perhatian iaitu pekerja kilang kerana industri ini menjadi nadi negara,” katanya.

 


Pengarang :