Petugas membantu orang kurang upaya di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Seri Siantan, Gombak pada 28 Jun 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMAPILIHAN MINGGUANSELANGOR

Selgate giat usaha beri vaksin, bantu capai imuniti kelompok

SHAH ALAM, 29 JUN: Kerajaan Negeri melalui Selgate Healthcare Sdn Bhd mempergiat usaha memberi suntikan vaksin kepada pekerja industri dan swasta di bawah Program Vaksinasi Covid-19 Selangor.

Pengurus Kanan Perundangan dan Pematuhan Selgate Corporation Sdn Bhd, Mohd Fauzi Ibni Hajar berkata usaha itu bermula serentak di lima pusat pemberian vaksin (PPV) di Lembah Klang.

Menurutnya, PPV tersebut adalah di Evo Mall, Bangi; Tropicana Garden Mall, Petaling Jaya; Kompleks PKNS, Kelana Jaya; Hotel De Palma, Shah Alam dan Aurora Mall, Bukit Jalil.

“Kita harap dengan adanya inisiatif ini lebih ramai rakyat divaksin terutama pekerja di sektor industri dan swasta sekali gus dapat membantu kerajaan mencapai imuniti kelompok,” katanya pada Program Vaksinasi Covid-19 Selangor (SCVP) di PPV Evo Mall, Bangi.

Mohd Fauzi berkata kakitangannya termasuk sukarelawan dilatih oleh Pharmaniaga Bhd mengenai kaedah mengendalikan vaksin daripada mula sehingga sampai kepada penerima mengikut panduan Kementerian Kesihatan.

“Mengenai jumlah dos vaksin sehari itu bergantung kepada kapasiti sesuatu PPV yang mana sebagai contoh Evo Mall boleh mencapai sehingga maksimum 3,000 dos sehari,” katanya yang juga ketua pegawai eksekutif Evo Mall.


Pengarang :