Petugas Kesihatan Selcare memasukkan data sampel Covid-19 pada 23 Mei 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Sembilan kluster baharu di Selangor, lapan babit tempat kerja

SHAH ALAM, 24 JUN: Sembilan lagi kluster baharu Covid-19 dikesan di Selangor dengan lapan merupakan jangkitan tempat kerja, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia melibatkan kluster Industri Jalan Seruling 57, Industri Jalan Udang, Industri Mahkota Beranang, Jalan Langat Utama Satu dan Industri Jalan Kilang Bestari.

Manakala selebihnya, kluster Tapak Bina Persiaran Aspirasi, Indutri Rawang Perdana Satu dan Sungai Linau.

Menurutnya, penularan membabitkan kumpulan pekerja kilang, kakitangan syarikat perkhidmatan, buruh binaan dan pekerja ladang yang dikesan di Klang, Kuala Langat, Hulu Langat, Rawang, Kuala Selangor, Sepang, Gombak, Hulu Selangor serta Petaling.

Beliau berkata pihaknya turut mengesan satu kluster membabitkan golongan berisiko di pusat jagaan warga emas di Jalan Cox, Klang menerusi saringan bersasar terhadap kakitangan dan penghuninya.

Susulan pengesanan semua kluster itu seramai 1,352 individu disaring dengan 264 darinya disahkan positif Covid-19.

Hari ini, sebanyak 30 kluster baharu dilaporkan melibatkan kategori tempat kerja, komuniti serta kumpulan berisiko tinggi.


Pengarang :