Petugas Kesihatan Selcare melakukan ujian calitan kepada peserta Saringan Komuniti Covid-19 di Stadium Sungai Besar, Sabak Bernam pada 9 Jun 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Sepang catat kes Covid-19 tertinggi, majoriti saringan pekerja

SHAH ALAM, 11 JUN: Sepang merekodkan jangkitan baharu Covid-19 tertinggi hari ini iaitu 908 kes dengan majoriti hasil saringan pekerja.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menerusi Facebook memaklumkan kes dikesan di daerah itu adalah 810 di mukim Labu, Dengkil (86) dan Sepang (12).

Petaling pada kedudukan kedua dengan 515 kes iaitu 187 di mukim Petaling, Damansara (164), Sungai Buloh (131) dan Bukit Raja (33).

Agensi itu menjelaskan Hulu Langat merekod 315 kes diikuti Klang (290), Gombak (275), Hulu Selangor (109) dan Kuala Langat (105).

Sementara itu, dua daerah mencatat kes bawah 100 adalah Kuala Selangor iaitu 37 dan Sabak Bernam (empat).

Keseluruhannya, jumlah kes positif Covid-19 di Selangor adalah 211,403 dengan 1,050 individu maut sejak lebih setahun pandemik melanda.


Pengarang :