Rodziah Ismail berucap pada majlis perasmian Klinik Usahawan Selangor di PKNS Bizpoint, Seksyen 7 Shah Alam pada 23 Julai 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Tambah baik klinik usahawan, 100 perunding bantu kembang niaga

SHAH ALAM, 10 JUN: Klinik usahawan Selangor akan diteruskan dengan beberapa penambahbaikan bagi membantu peniaga terjejas akibat pandemik Covid-19.

EXCO pembangunan usahawan berkata 100 perunding mahir dalam bidang masing-masing akan dilantik untuk membantu mereka mengembangkan perniagaan.

“Seminar dalam talian ini kita beri percuma dan peruding akan berkongsi kepakaran mereka kepada peserta.

“Contohnya bagaimana membuat penjenamaan, pembungkusan produk dan penggunaan teknologi untuk tingkatkan pendapatan,” kata Rodziah Ismail.

Beliau berkata demikian dalam sesi khas bersama peserta Program Tunas Niaga (PROTUNe) hari ini.

Pada 23 Julai tahun lalu, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) melancarkan Klinik Usahawan Selangor  dengan menawarkan pusat sehenti bagi runding cara perniagaan dengan pendekatan secara individu dan berkumpulan.


Pengarang :