Kelihatan penduduk di sekitar Pekan Meru, Klang mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) dengan memakai pelitup muka bagi mengelak penularan Covid-19 ketika tinjauan pada 8 Oktober 2020. Foto BERNAMA
AGENSISELANGOR

Tiga daerah catat jangkitan Covid-19 kurang 100

SHAH ALAM, 6 JUN: Hanya tiga daerah mencatat kes positif Covid-19 kurang daripada 100 semalam, maklum Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS).

Daerah berkenaan ialah , Hulu Selangor dengan rekod 73 jangkitan, Kuala Selangor (51) manakala Sabak Bernam (10).

Mengikut  data jabatan itu, Petaling menyumbang hampir 30 peratus jangkitan dengan 705 kes melibatkan Damansara (272), Petaling (234), Sungai Buloh (128) dan Bukit Raja (21).

Diikuti 510 kes di Hulu Langat iaitu Ampang (166), Cheras (144), Kajang (118), Semenyih (35), Hulu Langat (28) dan Beranang (19).

Berdasarkan data dikongsi menerusi Facebook itu juga, sebanyak 442 jangkitan dilaporkan di Gombak masing-masing di Batu (176), Rawang (108), Setapak (81), Hulu Kelang (52) dan Kuang (25).

Di Klang, 334 kes direkod dengan mukim Klang catat (259) manakala Kapar (75). Di Sepang pula, sebanyak 211 kes melibatkan Dengkil (101), Labu (66) dan Sepang (44).

Selain itu, 149 kes dikesan di Kuala Langat dengan hampir separuh iaitu 69 kes dilaporkan di Tanjong 12 manakala Telok Panglima Garang (57), Morib (10), Batu (tujuh), Jugra (empat) serta Bandar serta Kelanang (satu).

Secara keseluruhan semalam, Selangor mencatatkan jangkitan Covid-19 harian tertinggi apabila 2,509 kes dilaporkan termasuk dua kes import menjadikan keseluruhan sebanyak 199,968 kes.


Pengarang :