Selangorkini
Petugas Kesihatan Selcare melakukan ujian calitan kepada peserta program Saringan Komuniti Covid-19 di Dewan Orang Ramai Sungai Gulang-Gulang, Kuala Selangor pada 5 Jun 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Tiga daerah di Selangor catat kes Covid-19 dua angka

SHAH ALAM, 16 JUN: Hanya tiga daerah mencatatkan kes positif Covid-19 kurang daripada 100 semalam, kata Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS).

Menurut data dikongsikan di Facebook, Kuala Selangor mencatatkan 87 jangkitan, Hulu Selangor (51) manakala Sabak Bernam (lima).

Agensi berkata daerah Klang menyumbang jangkitan tertinggi dengan 443 kes melibatkan mukim Klang (344) dan Kapar (87).

Diikuti 387 kes di Hulu Langat iaitu Cheras dengan 158, Kajang (89), Ampang (63), Semenyih (44) manakala Hulu Langat dan Beranang (16).

Sebanyak 340 jangkitan dilaporkan di Petaling masing-masing di mukim Petaling (151), Damansara (97), Sungai Buloh (76) dan Bukit Raja (16).

Sepang pula merekodkan 286 kes iaitu Dengkil (157), Labu (112) dan Sepang (17) manakala 285 jangkitan dikesan di Gombak melibatkan Batu (129), Rawang (57), Hulu Kelang (42), Setapak (40) dan Kuang (17).

Selain itu sebanyak 126 kes dilaporkan di Kuala Langat, masing-masing Tanjung 12 (63), Telok Panglima Garang (55), Morib (lima), Batu (dua) dan Jugra (satu).

Semalam Selangor mencatatkan 1,996 kes baharu Covid-19 termasuk dua jangkitan import selain empat kes dikesan di penjara.

 


Pengarang :