Petugas kesihatan memberi suntikan vaksin Covid-19 kepada orang awam di pusat pemberian vaksin (PPV) MSU Medical Centre, Shah Alam pada 11 Jun 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Tiga langkah mudah mohon rebat pengangkutan ke pusat vaksin

SHAH ALAM, 26 JUN: Terdapat tiga langkah mudah untuk memohon rebat RM20 untuk menggunakan perkhidmatan e-panggilan Grab ke pusat pemberian vaksin (PPV).

Menerusi video penerangan ringkas, rebat tersebut boleh ditebus melalui Platform Selangor (PLATS) bermula 20 Jun lalu.

“Layari http://www.platselangor.com kemudian anda perlu tekan butang Inisiatif MBI Bisnes Amal. Anda akan dipaparkan dengan maklumat yang bermanfaat termasuk cara menggunakan ganjaran diskaun di aplikasi Grab.

“Seterusnya, anda perlu mengisi maklumat diri termasuk lokasi PPV. Perlu diingatkan anda perlu mempunyai aplikasi Grab bagi meneruskan permohonan,” menurut klip video tersebut.

Pada 9 Jun, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan rebat pengangkutan RM20 kepada kepada orang ramai yang menggunakan perkhidmatan e-panggilan Grab untuk ke PPV di bawah Pakej Bantuan Kita Selangor 2.0.

Inisiatif tersebut diberikan kepada warga negeri ini yang berusia 50 tahun ke atas iaitu RM10 untuk pergi dan RM10 untuk pulang dengan tarikh rebat bermula 1 Julai hingga 30 September.

 

 


Pengarang :