Dato’ Seri Amirudin Shari beramah mesra bersama peniaga dan mengedarkan kit cecair pembasmi kuman di Pasar Awam Banting, Kuala Langat pada 21 Mac 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Tujuh inisiatif selamatkan ekonomi, usahawan negeri

SHAH ALAM, 9 JUN: Kerajaan Selangor mengambil inisiatif bagi membantu menyelamatkan industri dan memastikan kelangsungan sektor ekonomi dan usahawan di negeri ini.

Inisiatif bawah strategi kedua dalam Pakej Kita Selangor 2.0 meliputi:

1. Selangor Advance: RM200 juta dana tambahan disuntik untuk membantu perusahaan kecil sederhana menerusi beberapa jenis bantuan pinjaman.

2. Program jaminan bekalan makanan: RM10 juta disediakan sebagai modal pusingan selain mewujudkan beberapa cawangan pemasaran kekal bagi mengekalkan kitaran makanan.

3. Program Agro Prihatin: RM1.5 juta diperuntuk bagi membeli hasil pertanian dan menjual semula kepada orang awam dengan diskaun sebanyak 50 peratus.

4. Program peningkatan hasil: RM1.93 juta diperuntuk bagi membantu petani dan penternak meningkatkan hasil pertanian melalui beberapa pendekatan. Antaranya bantuan bahan kawalan perosak dan bantuan benih padi.

5. Pinjaman Hijrah Selangor: RM80 juta diperuntuk kepada 8,000 usahawan sebagai modal awalan memulakan perniagaan. Tumpuan kepada mereka yang hilang kerja serta kekurangan pendapatan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

6. PLATS Selangor: Skim diperluas kepada penjaja dan peruncit bagi mempelajari asas berkenaan pendigitalan, bantuan pembiayaan dan latihan keusahawanan

7. Bantuan kewangan kepada sektor pelancongan: RM2.55 juta diperuntuk bagi meneruskan agenda pelancongan negeri termasuk geran bantuan aktiviti pelancongan, baucer pelancongan 2.0 dan bantuan kewangan sekali bagi (one-off)


Pengarang :