Petugas Kesihatan Selcare memasukkan data sampel untuk dianalisis ketika Saringan Komuniti Covid-19 di Stadium Sungai Besar, Sabak Bernam pada 9 Jun 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Tujuh kluster baharu di Selangor, enam jangkitan tempat kerja

SHAH ALAM, 15 JUN: Sebanyak tujuh kluster baharu Covid-19 direkodkan di Selangor hari ini dengan enam darinya merupakan jangkitan tempat kerja.

Kluster terbabit adalah kluster Industri Balakong Baru 11, Industri Pulau Meranti, Industri Meranti Jaya 13, Industri Perusahaan Dua Bangi, Industri Jalan Serendah dan Industri Berangan.

Ketua pengarah kesihatan berkata lima darinya melibatkan pekerja kilang manakala satu dari sebuah syarikat perkhidmatan dan keenam-enam kluster itu direkodkan di Hulu Langat, Sepang, Petaling dan Klang.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata satu kluster lagi melibatkan warga emas iaitu kluster Jalan Mesra, dikesan di Hulu Langat yang berpunca daripada pusat jagaan di Jalan Mesra, Kampung Datuk Keramat, Titiwangsa.

Menurutnya, semua kluster terbabit menyumbang 364 kes positif termasuk 241 jangkitan baharu.

Hari ini Kementerian Kesihatan Malaysia mengesan 19 kluster baharu di seluruh negara membabitkan 14 kluster tempat kerja, komuniti (empat) dan kumpulan berisiko (satu).


Pengarang :