Petugas kesihatan Selcare membuat ujian calitan ke atas seorang kanak-kanak pada program Saringan Komuniti Covid-19 di Dewan Serbaguna MBSA U5, Shah Alam pada 27 Mei 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

116,378 individu usia kurang 18 tahun dijangkiti Covid-19

SHAH ALAM, 1 JULAI: Seramai 116,378 individu berusia kurang 18 tahun di negara ini dijangkiti Covid-19 sejak 25 Januari tahun lepas hingga 29 Jun lalu.

Infografik di Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam menunjukkan kanak-kanak lingkungan usia tujuh hingga 12 tahun merekod angka jangkitan tertinggi iaitu sebanyak 38,206.

Untuk tempoh sama, seramai 37,205 remaja berumur antara 13 hingga 17 tahun mendapat jangkitan wabak berbahaya itu.

Sejumlah 28,912 kes pula membabitkan kanak-kanak berusia 0 bulan hingga empat tahun manakala 12,055 usia antara lima hingga enam tahun.

Menerusi infografik sama, ibu bapa atau penjaga diminta melindungi anak mereka dengan mematuhi tatacara operasi piawai (SOP).

“Virus kini dalam komuniti. Lindungi anak anda dengan mematuhi SOP,” menurut kementerian terbabit.


Pengarang :