Seorang petugas kesihatan lengkap berpakaian sut pelindung diri (PPE) membantu warga emas menolak kerusi roda di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Malawati Shah Alam ketika tinjauan SelangorKini pada 17 Julai 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGOR KINI
AGENDANASIONAL

13,034 jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam, Selangor lebih 6,000 kes

SHAH ALAM, 22 JULAI: Sebanyak 13,034 kes baharu Covid-19 direkod dalam tempoh 24 jam lepas, bertambah lebih 1,000 orang lagi berbanding 11,985 kes semalam.

Ketua pengarah kesihatan memaklumkan Selangor merekodkan jumlah 6,049 kes hari ini, kali kedua tertinggi selepas 6,120 kes seminggu lalu.

Mengikut data yang dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook, jumlah keseluruhan kes dalam negara kini mencecah 964,918.

Sebelum ini beliau menjelaskan kes meningkat di negeri ini akibat pertambahan jumlah saringan. Selangor merekodkan penurunan selama beberapa hari sejak 16 Julai tetapi kembali meningkat mulai 20 Julai.

Berikut pecahan kes bagi negeri dan wilayah yang lain:

Kuala Lumpur – 1,611
Johor – 791
Negeri Sembilan – 711
Kedah – 701
Sarawak – 644
Sabah – 497
Terengganu – 391
Pulau Pinang – 371
Melaka – 353
Perak – 284
Kelantan – 240
Pahang – 261
Putrajaya – 100
Labuan – 24
Perlis – 6


Pengarang :