Petugas kesihatan memberi suntikan vaksin AstraZeneca yang mengutamakan OKU dan warga emas di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam pada 1 Jun 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

20.9 peratus rakyat Selangor lengkap dua dos vaksin

SHAH ALAM, 28 JULAI: Seramai 994,000 ribu atau 20.9 peratus rakyat Selangor lengkap menerima dua dos vaksin setakat hari ini, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan sejumlah 3.82 juta dos diberi menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Infografik dikongsikan di Facebook rasminya menunjukkan seramai 2.83 juta atau 59.6 peratus sudah menerima dos pertama pelalian.

Sementara itu, sebanyak 134,837 dos disuntik melalui program Vaksin Selangor (Selvax).

Pada 18 Julai, Amirudin berkata jumlah pemberian vaksin harian negeri ini boleh mencapai ke tahap maksimum 300,000 dos sehari menjelang akhir bulan ini.

Jumlah itu hasil program Selvax, PICK dan Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (Pikas).

Sebanyak dua juta dos vaksin disediakan Kerajaan Negeri kepada pekerja termasuk warga asing bagi mengawal perebakan wabak di tempat kerja menerusi Selvax Industri.

Selvax Komuniti pula memanfaatkan 250,000 rakyat yang belum divaksin membabitkan 500,000 dos.

 


Pengarang :