Sebahagian penduduk membuat pendaftaran sebelum menerima suntikan vaksin Covid-19 di Taman Murni, Sepang yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada 9 Julai 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGOR KINI
AGENDANASIONAL

291,217 terima suntikan vaksin semalam, Selangor tertinggi

KUALA LUMPUR, 12 JULAI: Sebanyak 291,217 dos suntikan vaksin Covid-19 diberikan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin di seluruh negara kini 11,366,710 dos.

Menerusi hantaran di Twitter hari ini, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan daripada jumlah pemberian dos harian itu, sebanyak 190,186 adalah dos pertama manakala 101,031 adalah dos kedua.

Beliau berkata lima negeri yang mencatatkan pemberian vaksin tertinggi semalam ialah Selangor dengan 63,043 orang, diikuti Sarawak (56,525), Kuala Lumpur (48,996), Perak (19,282) dan Johor (19,231).

Menurut Dr Adham setakat semalam, jumlah keseluruhan pemberian vaksin Covid-19 dos pertama ialah 7,840,034 dan dos kedua 3,526,676.

— BERNAMA

 


Pengarang :