Salah satu pasangan kakitangan Media Selangor, Noor Hafizah Mohamed Jaimi selepas menerima vaksin dalam program Vaksin Selangor (Selvax) Industri di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya pada 20 Julai 2021.
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

39 pasangan kakitangan terima vaksin, Media Selangor wajar dicontohi

SHAH ALAM, 20 JULAI: Seramai 39 pasangan kakitangan Media Selangor hari ini menerima vaksin menerusi program Vaksin Selangor (Selvax) Industri di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya.

Ketua pegawai kejururawatan Selgate Healthcare berkata inisiatif dilakukan syarikat media itu dengan memberi vaksin kepada pasangan petugasnya wajar dicontohi pihak lain.

“Usaha yang diambil Media Selangor bagus dan tanggungjawab bersama dalam menghentikan penularan Covid-19.

“Ini kerana kakitangan bukan sahaja berkomunikasi dengan individu di pejabat tetapi juga di rumah,” kata Shazana Aimi Kamarudin ketika ditemui.

Beliau berkata pendaftaran syarikat yang berminat menyertai program Selvax masih lagi dibuka.

“Setakat ini 50,000 syarikat telah berdaftar dan kita berharap lebih banyak lagi pengusaha tampil untuk mengekang penularan Covid-19,” katanya.

Pada 8 Julai, pengurusan Media Selangor memaklumkan semua warga kerjanya menerima vaksin menerusi program Selvax Industri dalam usaha mempercepatkan proses berkaitan.

Selain kakitangan, pihak pengurusan juga bersetuju suntikan sama diberi kepada pasangan mereka dengan kos ditanggung sepenuhnya.


Pengarang :