Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia mengunjungi rumah ke rumah bagi menjalankan saringan Covid-19 kterhadap penghuni pangsapuri Mentari Court yang dikenakan perintah kawalan ketat pada 5 Julai 2021. Foto Facebook Majlis Bandaraya Petaling Jaya
AGENDANASIONAL

6,387 kes baharu Covid-19, Selangor masih catat angka lebih 2,000

KUALA LUMPUR, 5 JULAI: Dalam tempoh seminggu berturut-turut, jumlah kes baharu harian Covid-19 di negara ini melebihi angka 6,000 dengan 6,387 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di laman Twitternya hari ini berkata angka itu menunjukkan peningkatan sebanyak 342 kes berbanding 6,045 kes semalam.

Perkembangan terbaru itu menjadikan jumlah terkumpul kes COVID-19 di negara ini sebanyak 785,039.

Dr Noor Hisham berkata Selangor kekal merekodkan kes harian tertinggi dengan 2,610 kes, diikuti Kuala Lumpur (819), Negeri Sembilan (523), Sarawak (424), Johor (324), Pahang (312) dan Kedah (273).

Sabah pula mencatatkan 263 kes, Perak (249), Melaka (206), Pulau Pinang (157), Kelantan (114), Labuan (71), Putrajaya (25), Terengganu (17) dan sifar kes di Perlis.

– BERNAMA


Pengarang :