Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berbual bersama penerima vaksin ketika meninjau program Outreach Vaksinasi Covid-19 Taman Desawan, Klang di Pusat Kebudayaan Soka Gakkai Malaysia cawangan Selangor pada 18 Julai 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

700,000 rakyat Selangor lengkap dua dos vaksin

SHAH ALAM, 20 JULAI: Seramai 700,000 individu atau 14.75 peratus rakyat Selangor lengkap menerima dua dos vaksin setakat hari ini.

Dato’ Menteri Besar memaklumkan sejumlah 2.84 juta dos vaksin diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Berdasarkan perkongsian infografik di Facebook, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata 2.14 juta rakyat atau 45.1 peratus telah menerima dos pertama.

Manakala, bagi program Selangor Vaksin (Selvax) pula sebanyak 79,657 dos telah disuntik.

Kelmarin, Amirudin berkata jumlah pemberian vaksin harian negeri boleh mencecah ke tahap maksimum 300,000 dos sehari menjelang hujung bulan ini.

Jumlah itu hasil program Selvax, PICK dan Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (Pikas).

Program Selvax merupakan pelengkap kerangka PICK.

Sebanyak dua juta dos vaksin disediakan kepada sejuta pekerja termasuk warga asing bagi mengawal perebakan wabak di tempat kerja menerusi Selvax Industri.

Manakala program percuma Selvax Komuniti akan memberi manfaat kepada 250,000 rakyat yang masih belum divaksin membabitkan 500,000 dos.


Pengarang :