Petugas kesihatan memberi suntikan vaksin kepada penerima ketika program Outreach Vaksinasi Covid-19 Taman Desawan, Klang di Pusat Kebudayaan Soka Gakkai Malaysia cawangan Selangor pada 18 Julai 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

863,000 warga Selangor lengkap dua dos vaksin

SHAH ALAM, 25 JULAI: Seramai 863,000 atau 18.17 peratus rakyat Selangor lengkap menerima dua dos vaksin setakat hari ini.

Dato’ Menteri Besar memaklumkan sejumlah 3.45 juta dos diberi menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Berdasarkan perkongsian infografik di Facebook Dato’ Seri Amirudin Shari, sebanyak 2.59 juta rakyat atau 54.4 peratus telah menerima dos pertama.

Bagi program Vaksin Selangor (Selvax) pula sebanyak 109,547 dos telah disuntik.

Pada 16 Julai, Amirudin berkata semua warga Selangor yang telah mendaftar akan menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menjelang 1 Ogos.

Sebanyak dua juta dos vaksin disediakan Kerajaan Selangor kepada pekerja termasuk warga asing bagi mengawal perebakan wabak di tempat kerja menerusi Selvax Industri.

Selvax Komuniti pula memanfaatkan 250,000 rakyat yang belum divaksin membabitkan 500,000 dos.

Poster dari Facebook Amirudin Shari

Pengarang :