Petugas kesihatan lengkap berpakaian baju Melayu memberi suntikan vaksin kepada penerima pada hari pertama Aidiladha di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Movenpick Hotel dan Convention Centre KLIA, Sepang pada 20 Julai 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

890,000 rakyat Selangor lengkap dua suntikan

SHAH ALAM, 26 JULAI: Seramai 890,000 atau 18.75 peratus rakyat Selangor lengkap menerima dua dos vaksin setakat hari ini, maklum Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan sebanyak 3.55 juta dos diberi menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Berdasarkan perkongsian infografik di Facebook rasminya, seramai 2.66 juta atau 56.1 peratus sudah menerima dos pertama pelalian.

Bagi program Vaksin Selangor (Selvax) pula sebanyak 118,234 dos sudah disuntik.

Pada 16 Julai, Amirudin berkata semua warga Selangor yang telah mendaftar akan menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menjelang 1 Ogos.

Sebanyak dua juta dos vaksin disediakan Kerajaan Selangor kepada pekerja termasuk warga asing bagi mengawal perebakan wabak di tempat kerja menerusi Selvax Industri.

Selvax Komuniti pula memanfaatkan 250,000 rakyat yang belum divaksin membabitkan 500,000 dos.


Pengarang :