AGENSISELANGOR

Air Selangor agih 104 peranti kepada anak warga kerja B40

SHAH ALAM, 15 JULAI: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mengagihkan 104 peranti kepada anak-anak warga kerja golongan B40 yang layak.

Agensi itu menerusi Facebooknya memaklumkan peranti diberikan antaranya komputer, tablet dan telefon bimbit terpakai.​

“Air Selangor menyedari keperluan meneruskan kecemerlangan pembelajaran secara dalam talian semasa pandemik Covid-19.

“Selain itu, pelan data internet selama 12 bulan turut ditaja bagi memastikan inisiatif ini mencapai objektif,” katanya mengenai program dijalankan baru-baru ini.

Air Selangor berharap sumbangan tersebut dapat menyuntik semangat kepada anak-anak warga kerja terus mencapai kejayaan walaupun dalam situasi mencabar ketika ini. ​


Pengarang :