Lima pasangan pengantin turut serta dalam Sambutan Maal Hijrah 1441H dan Majlis Pernikahan Perdana di Masjid Al-Khairiyah, Taman Seri Gombak pada 1 September 2019. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Benar majlis kahwin ikut SOP ketat, bantu ekonomi penggiat industri

SHAH ALAM, 24 JULAI: Kerajaan diminta membenarkan penganjuran majlis perkahwinan bersaiz kecil yang mematuhi tatacara operasi piawaian (SOP) bagi membantu ekonomi penggiat industri.

Pengasas Bizmilla Wedding Centre berkata mengikut budaya dan tradisi masyarakat, ibu bapa tetap mahu melihat perkahwinan anak masing-masing walaupun dalam majlis kecil.

“Mungkin boleh mulakan dengan majlis pernikahan yang menetapkan had tetamu seramai 150 sahaja. Langkah ini juga menjimatkan kos ditanggung pengantin.

“Sekurang-kurangnya peristiwa penting yang berlaku sekali dalam hidup dapat dilihat dan menjadi kenangan bermakna,” kata Mila Jirin pada program bual bicara ‘Covid-19 & Industri Majlis Perkahwinan’ yang disiarkan langsung di Facebook Media Selangor dan YouTube Selangor TV malam tadi.

Susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mei lalu kerajaan melarang semua bentuk perhimpunan sosial termasuk majlis perkahwinan, pertunangan, doa selamat, sambutan hari jadi serta majlis rasmi kerajaan.

Bagaimanapun majlis akad nikah dibenarkan dengan jumlah kehadiran dan SOP yang ditentukan oleh pihak berkuasa agama Islam negeri bagi orang Islam dan Jabatan Pendaftaran Negara bagi orang bukan Islam.


Pengarang :