Penguat kuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) memeriksa persekitaran sebuah pasar raya di Sri Gombak, Batu Caves yang menjadi tempat pembiakan Aedes pada 15 Julai 2021 – Foto Facebook MPS
PBTSELANGOR

Biak Aedes, pemilik pasar raya kena kompuan RM1,500

SHAH ALAM, 19 JULAI : Pemilik sebuah pasar raya di Sri Gombak, Batu Caves dikompaun RM1,500 kerana membiarkan persekitaran premis menjadi tempat pembiakan Aedes.

Pengarah jabatan korporat Majlis Perbandaran Selayang (MPS) berkata dalam operasi pada 15 Julai lalu, premis terbabit juga diarah menghentikan operasi selama dua minggu atas kesalahan berkenaan.

Menurut Mohd Zin Masoad pemilik dikenakan satu notis kacau ganggu sebanyak RM1,000 mengikut Undang-Undang Kecil Pelesenan Establisymen Makanan (MPS) 2007 Seksyen 27(2) dan kompaun RM500 di bawah Seksyen 34(1).

“Penguat kuasa juga mendapati premis berkenaan tidak mematuhi tahap kebersihan yang digariskan sehingga terdapat tempat pembiakan tikus di kawasan penyimpanan dan penyusunan barang,” katanya dalam kenyataan.

Justeru Mohd Zin mengingatkan pemilik premis dan masyarakat di seluruh pentadbiran Selayang agar tidak leka dan menjaga kebersihan persekitaran dengan mengamalkan langkah 10 minit bagi menghapus tempat pembiakan Aedes.


Pengarang :