Petugas kesihatan sedang mengekstrak sampel dihantar ke pusat itu daripada aktiviti saringan Covid-19 dilakukan pejabat kesihatan daerah bagi mengesahkan status kes wabak, makmal pusat itu mampu memproses sehingga 5,000 sampel sehari di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Shah Alam pada 1 Julai 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Covid-19: 12,541 jangkitan baharu, lebih separuh di Lembah Klang

SHAH ALAM, 16 JULAI: Sebanyak 12,541 jangkitan baharu Covid-19 dicatat hari ini, menurun sedikit berbanding semalam iaitu 13,215 kes, kata ketua pengarah kesihatan.

Mengikut data yang dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook, lebih separuh daripada jumlah keseluruhan kes berlaku di Lembah Klang iaitu Selangor 5,512 kes, Kuala Lumpur (1,542) dan Putrajaya (62).

Berikut pecahan kes bagi lain-lain negeri/wilayah:

Negeri Sembilan – 1,619
Johor – 609
Melaka – 575
Kedah – 458
Sarawak – 423
Pahang – 382
Pulau Pinang – 376
Sabah – 326
Perak – 299
Kelantan – 225
Terengganu – 102
Labuan – 24
Perlis – 7

Sementara itu, Dr Noor Hisham dalam kenyataan berkata daripada 12,541 kes harian yang dilaporkan hari ini, sebanyak 6,504 kes (51.9 peratus) adalah daripada kategori satu (tidak bergejala) dan 5,848 kes (46.6 peratus) kategori dua (bergejala ringan).

Selain itu, katanya, 86 kes (0.7 peratus) daripada kategori tiga, 49 kes kategori empat, dan 54 kes (0.4 peratus) kategori lima.

Kategori tiga ialah pesakit mengalami radang paru-paru, kategori empat pula pesakit mempunyai radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen manakala kategori lima pula pesakit kritikal memerlukan bantuan pernafasan.

Berdasarkan data terkini, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.20. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Putrajaya (nilai RT 1.32).


Pengarang :