Saringan bersasar penduduk di Felcra Bukit Kepah yang menjadi sebahagian Kluster Kampung Matang. Foto Facebook Nor Azimi Yunus
AGENDANASIONAL

Covid-19: Kluster komuniti atasi kluster tempat kerja

KUALA LUMPUR, 23 JULAI: Sebanyak 30 kluster baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara hari ini dengan kluster komuniti mengatasi kluster tempat kerja.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya mengenai perkembangan Covid-19 hari ini berkata daripada jumlah kluster baharu itu, 16 merupakan kluster komuniti manakala lapan lagi kluster tempat kerja.

“Turut dicatatkan empat kluster kumpulan berisiko tinggi dan masing-masing satu kluster keagamaan serta pendidikan tinggi,” katanya.

Kelantan menjadi negeri yang mencatatkan kluster komuniti tertinggi iaitu sebanyak enam kluster.

– BERNAMA


Pengarang :