Petugas Kesihatan Selcare menganalisis sampel Covid-19 ketika Saringan Komuniti Covid-19 secara percuma di Dewan Orang Ramai Titiwangsa, Hulu Langat pada 10 Mei 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDA NASIONAL

Covid-19 rekod jumlah tertinggi 9,180 kes, Selangor kekal lebih 4,000

SHAH ALAM, 9 JULAI: Jumlah jangkitan Covid-19 terus melonjak dengan rekod tertinggi 9,180 kes hari ini dalam tempoh enam minggu.

Selangor juga meningkat sehingga 4,400 kes, angka tertinggi di negeri itu. Sementara Kuala Lumpur pula mencatatkan jumlah 1,271 kes.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjangkakan peningkatan jumlah di dua negeri itu susulan pertambahan saringan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sekarang.

Sejak penularan wabak, jumlah tertinggi dilaporkan pada 29 Mei dengan 9,020 kes, menjelang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh.

Jumlah jangkitan di negeri atau wilayah lain yang dikongsi Dr Noor Hisham di media sosialnya seperti berikut:

Negeri Sembilan – 899

Sarawak – 406
Kedah – 417

Sabah – 323
Johor – 315

Perak – 241
Melaka – 222
Pahang – 214

Kelantan – 151
Pulau Pinang – 142

Terengganu – 82
WP Labuan – 80
WP Putrajaya – 16
Perlis – 1


Pengarang :