Vaksin jenis Sinovac yang diberikan kepada salah seorang peserta program vaksin bergerak di Kuala Lumpur pada 24 Julai 2021. Foto BERNAMA
BERITA UTAMAPENDAPATRENCANA

Elak kesan tidak diingini, KKM kongsi panduan lepas dapat vaksin

SHAH ALAM, 25 JULAI: Vaksin membantu menguatkan pertahanan badan daripada serangan Covid-19. Susulan itu, kesan buruk jangkitan virus ke atas kita dapat dikurangkan.

Namun selepas suntikan, individu disaran elakkan kegiatan jasmani yang berat selama tujuh hari bagi membolehkan badan membina kekebalan dengan lebih baik.

Selain itu, seseorang mungkin mengalami beberapa kesan tidak diingini seperti bengkak di tapak suntikan, pening, sakit sendi, letih atau menggigil.

Wartawan AFIX REDZUAN menyusun panduan asas selepas menerima suntikan.

Kesan tidak diingini

  • bukan semua penerima vaksin alami kesan tidak diingini selepas suntikan (adverse events following immunization atau AEFI)
  • kebanyakan kita alami gejala ringan seperti berikut dan sembuh dalam beberapa hari:
    (a) kerengsaan, bengkak atau kemerahan di tapak suntikan
    (b) pening, sakit otot dan sakit sendi
    (c) rasa letih
    (d) mual
    (e) demam
    (f) menggigil
  • elak memandu atau mengendali mesin hingga kesan ini hilang
  • jarang berlaku bengkak pada kelenjar
  • mungkin alami alahan seperti ruam yang gatal, sesak nafas dan bengkak pada muka atau lidah
  • dapatkan rawatan segera jika alami sebarang AEFI atau reaksi alahan teruk

Jika saya demam?

  • mungkin berlaku dalam tempoh 48 jam selepas suntikan
  • dapatkan rawatan segera jika:
    (a) demam berlarutan selepas 48 jam
    (b) alami gejala jangkitan Covid-19
    (c) tinggal dengan individu positif virus
    (d) tinggal dengan individu yang ada gejala

Jika ada kesan tidak diingini?

  • dapatkan nasihat dan rawatan doktor
  • petugas kesihatan bantu anda buat laporan kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA)
  • laporan AEFI boleh dibuat melalui laman web rasmi: www.nrpa.gov.my

Elakkan aktiviti berat

  • sukan melibatkan bola atau raket
  • berbasikal
  • berenang
  • angkat berat
  • berlari atau joging

Langkah berjaga-jaga

  • sila jumpa doktor jika alami gejala berikut:
    (a) sesak nafas
    (b) sakit atau ketat dada akut
    (c) jantung berdebar

Sumber:
– Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia,13 Julai 2021
– Soalan Lazim Berkaitan Vaksin Covid-19, 31 Disember 2020

 


Pengarang :